Sunday, 17 July 2016

Sayangku CIK Aqlima Balqis - Episod 2


Dalam perjalanan pulang.. aku dengan rasa gembiranya.. start motor.. then apabila keluar pagar je... aku rasa motor aku lain macam.. tapi tak pe.. aku buat rilek lagi...

then macam biasa.. aku pecut motor aku dengan kelajuan 80km/j.. ayah aku marah bawak laju laju...

apabila di pertengahan jalan.. aku rasa lain macam betul ni... lain dari biasa...
sedang aku mengelamun memikirkan keadaan motor aku.. aku di hon dari belakang oleh sebuah lori..




ponnnnnn !!! ponnnnn !!!!! ponnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!...
aku dengan gelabah terus ke tepi sikit bagi laluan... rupanya aku bawak motor tengah sangat.. slow plak tu.. aku ingat lori nak langgar aku..

apabila sampai di jengka lapan.. motorku terhuyung hayang.. aku pun menunggang aku sambil bontot aku mengikut alunan motor.. terhuyung hayang jugak lah... rupanya tayar bocor... oh noooo.. spoil... jalan jauh lagi... motor tayar bocor plak.. aku berhenti ke tepi dan menolak motor aku ke kedai motor yang berdekatan.. mujur buka kedai motor tu.....

"bang.. dah siap dah motor abang..", kata pomen.. aku tanyalah berapa... rm 12.00 sekali upah .. aku buka wallet.. huh.. ngam ngam jer ada 13.50 dalam wallet.. aku pun bayar.. aku jalan seperti biasa.. tengah jalan ke depan sikit.. motor aku plak tak hidup...

aku pening kepala dah ni.. duit dah lah tak de... aku pun ta taw apa masalah... buka tangki minyak.. 

YaAllah.. kering... aku pergi isi minyak di pam minyak terdekat.. mujur ada shell...
aku pun isi lah rm1.50..  akak kaunter tu boleh gelakkan aku plak.. sebab isi minyak 1.50..

apa ada hal.. isi juga minyak.. boleh jalan apa... aku tawakal je ni... moga moga sampai kerumah..
alhamdulillah.. aku sampai ke rumah...
esoknya.. tarikh aku mula lapor diri..........

2 Februari... aku hadir ke sekolah yang aku dapat tu.. aku datang awal.. pukul 2.00 aku datang dah.. aku kena berjumpa ustazah penyelaras di situ.. tunggu punya tunggu.. mak aihhhh... pukul 3 baru muncul.. ketiak aku dah basah dah woiiii... aku g ke bilik guru.. then setelah jumpa penyelaras.. aku kena berjumpa dengan guru besar.. mujur cikgu tak balik lagi...

aku ditugaskan untuk jaga kelas darjah satu.. wahhhh.. senang rasa dapat budak kecik... tapi sebaliknya.. budak kecik darjah satu ni lah yang nakal bapak jin.. hahahha.. maknanya nakal sangat lah tu.. bayangkan.. darjah stu baru.. tapi dah nak bercium.. garu kepala aku.. itulah aku.. 

setelah sebulan aku mengajar... boleh tahan lah.. pengalaman baru kan.. aku dapat surat.. untuk pergi kursus.. kursus biro tatanegara.. dalam kepala aku.. adoiii tak bestnya... aku tak nak pergi.. tapi nama naik kena lah pergi... seminggu jugak memikir.. nak pergi ke tak nak ni.. aishhhh.. aku pun pergi...

Di hari kursus.. sewaktu dalam perjalanan.................. (nak tahu apa jadi.. tunggu.)


*sabar lah.. nanti aku cerita lagi... tak sabar lah tu... rilek.. lepasni banyak lagi perkara best yang berlaku.. nantikan.. :)


Saturday, 16 July 2016

Sayangku CIk Aqlima Balqis~

pin pin pin... terkejut aku.. aku pun berlari lah keluar nak tengok siapa yang datang..

rupanya abang posmen yang datang... aku punyalah ternanti nanti surat jawapan dari company tempat aku memohon kerja.. rupanya bukan surat aku....



kemudian aku pun berhuhu tengok tv.. rasa ternanti nanti jugak ooo... mana tahu ada rezeki dapatlah aku kerja... sedang aku syok tengok tv... kring kring kring.. bunyi telefon rumah aku...

 aku malas nak angkat.. hahaha.. aku biarkan adik aku yang angkat.. then orang dalam talian tu nak bercakap dengan aku.. 

yeaahhhh.. melompat aku... rupanya MUIP telefon... hahaha.. tawarkan aku kerja cikgu KAFA.. 

boleh lah daripada tak de.. jadi cikgu..?? hahahaha.. boleh ke aku ngajar budak... aku pun gelak sendirian.. aku yang mohon.. jadi dah dapat tu.. jangan nak memilih lak.. hahahha... 

aku diminta hadir pada tarikh 1 Februari.. untuk ambil surat dan apa apa yang sepatutnya aku ambil.. dan pada waktu itu juga aku ada majlis wartikah perlantikan sebagai guru KAFA.. wahhhh.. siap de majlis.. macam gempak je.. hiihihi.. tak de lah.. biasa je...

1 februari.. tarikh yang dinantikan.. aku pun malam tu tak tidur lena.. 
biasalah.. excited sikit.. rasa lain macam... aku pun bangun seawal 4.30 pagi..
awal kan.. macam nak bersahur pulak.. aku bangun then mandi... sejuk ooo mandi pagi pagi ni.. pastu aku pun solat dua rakaat... nak bagi hilang gugup..
pukul 7.30 pagi.. aku dah siap dengan berkemeja.. tie je aku tak pakai.. tp songkok 5 inci aku tu.. aku tak boleh tinggal..

aku capai kunci motor.. motor legend je bang.. tak laju mana.. tapi kalau nak test lumba boleh rojer.. hihihhi.. :p ..aku bergerak ke jengka.. tempat majlis tu.. dengan kelajuan 80km/j .. aku sampai ke jengka pada pukul 9.15..
apabila sampai.. fuhhh.. orang lain datang dengan berkereta.. tapi aku.. datang dengan motor cabuk je... motor pun motor lah.. asalkan sampai..

masuk je dalam dewan.. aku lihat.. ramai gadis gadis je.. ramai wanita.. aku pun duduklah di kerusi yang tak de orang duduk.. kawasan lelaki okay.. bukan kawasan ramai wanita tu.. then tnggu punya tunggu.. pukul 10 barulah majlis tu mula.. mak aihhh.. laama aku tnggu.. kalau tahu, aku dtg lewat sikit..

apabila ucapan dari orang orang penting selsai berucap... saat nak bagi wartikah perlantikan tu.. (surat tawaran je pun).. aku berdebar.. bukan apa.. aku takut aku dapat sekolah yang jauh di pedalaman.. pabila nama aku disebut.. aku dapat je surat tu.. aku baca bismillah dulu sebelum buka.. alhamdulillah.. aku dapat sekolah dekat je.. tak yah taw lah sekolah mana.. tak penting pun.. hehehhe... bermula lah kisah aku menjadi seorang GuRu KAFA..
mostly yang dapat tawaran waktu itu ramai perempuan.. lelaki boleh dikatakan beberapa orang je...

dalam perjalanan balik...................................

*nak tahu apa jadi seterusnya... nanti aku cerita lagi... tnggu next entry...

Wednesday, 23 December 2015

Air Bersama BAkul Jerami


Ada seorang yang membaca Al-quran,
tetapi tidak dapat menghafalnya walau sedikit.

maka anaknya yang kecil bertanya ;
"apa faedahnya baca Al-quran tanpa menghafalnya sedikit pun?"

jawab ayah :
"aku akan beritahu kepadamu sebentar lagi apabila kau penuhkan bakul jerami ini dengan air laut bawa kepadaku."

kata anak :
"mustahil ia penuh

jawab ayah:
"cubalah dulu"

bakul jerami itu digunakan untuk memindahkan arang. maka budak itu mengambilnya dan menuju ke laut, lalu cuba memenuhkannya dan terus pergi kepada ayahnya dengan cepat.

tetapi airnya telah kering lalu ia berkata kepada ayahnya:
"tidak ada faedah saya mengisinya"

ayahnya menjawab:
"cuba lagi kali kedua"

maka budak itu melakukannya, tetapi masioh tidak berjaya untuk membawa air kepada ayahnya. dia mencuba lagi kali ketiga, keempat dan kelima tetapi tiada faedah kerana air tidak dapat dipenuhkan.

budak itu berasa sangat letih dan berkata kepada ayahnya :
"tidak mungkin saya dapat memenuhkan bakul jerami ini dengan air"

kata ayah:
"adakah engkau melihat sesuatu yang berlaku pada bakul jerami itu?"

budak itu terkejut dan menjawab:
"ya ayah, asalnya bakul jerami itu kotor dengan bekas bekas arang, sekarang telah bersih sepenuhnya."

maka berkata sang ayah;
"ini adalah sempurna apa yang dilakukan Al-Quran kepadamu. dunia dan segala amalannya telah memenuhi hatimu dengan segala kekotorannya, dan Al-quran seperti air laut yang membersihkan hatimu walaupun engkau tidak menghafal sedikit pun ayatnya."

*sucikan hatimu dengan sentiasa berzikir kepada Allah :)



Monday, 21 December 2015

DARI HATI SEORANG WANITA

Bakal suamiku,


Untuk pertama kalinya, aku mohon maaf darimu sekiranya sebelum aku menikahimu, auratku tidak terjaga dengan sempurna, akhlak ku, tutur kata ku dan segala perbuatanku sebelum bertemu denganmu, mohon maafkanlah diri ini. Mungkin sewaktu aku menulis ini, kau ada menyimpan hati pada wanita lain. Aku tak kisah sebab aku tahu kau juga mencari jodoh yang sesuai sebelum bertemu dengan aku tapi bakal imamku, aku mohon, kawallah dirimu agar jangan sampai terlanjur melakukan perbuatan yang dimurkai oleh Allah..


Aku tahu aku juga tidak sebaik muslimah yang lain dan sering kali tewas dengan bisikan syaitan, didunia yang tanpa sempadan ni, aku akui aku tertewas. Aku terpengaruh dengan maksiat disekeliling tapi ketahuilah, aku dah berubah sekarang dan sekarang pun, aku masih berada dalam proses perubahan, berubah lagi baik dari kehidupan aku yang dulu dan aku mengharapkan, sewaktu aku bertemu denganmu nanti, aku sudah menjadi wanita solehah yang melengkapi kekuranganmu dan engkau melengkapi kekuranganku dengan kelebihanmu. Kadang-2 aku terfikir, adakah engkau dapat menerima aku yang penuh dengan dosa dan noda ini untuk menemani perjalanan hidupmu?


Bakal suamiku,


Sungguh aku bukan seperti gadis-2 yang engkau pernah kenal dan hadir dalam hidupmu.. aku tidak memiliki rupa paras yang cantik, harta jauh sekali dalam igauanmu, aku serba serbi kekurangan.. sungguh aku akui, aku takut jika kau tidak dapat menerima kekurangan yang ada pada aku. tapi demi Allah, sungguh aku mahu engkau membimbingku dan menerima aku seadanya.


imam yang ku tunggu,


To tell you the truth, kau bukanlah lelaki yang pertama hadir dalam hidupku. sungguh aku menyesal kerana memberikan cintaku pada orang yang salah sebelum aku menikahimu. Maafkanlah aku jika kau bukan orang yang pertama yang bertakhta dihati ini. Dalam perjalananku untuk bertemu denganmu, mungkin sudah banyak kali aku tergelincir menyebut ungkapan I LOVE YOU pada orang lain sebelum hadirnya dirimu menjadi imamku. Maaf kerana aku cuai, bakal suamiku.


Mr.right Imam,




aku tak mengharapkan engkau sesempurna contoh suami terbaik, Rasullah SAW tapi aku mahu engkau mengamalkan sunnah Beliau sekadar yang engkau mampu. Aku mengharapkan kejujuran dan kesetiaan darimu yang tak pernah aku dapat dari orang lain sebelum aku berjumpa denganmu. ketahuilah bakal suamiku, aku banyak menangisi sikap mereka yang sering tidak menghargai kehadiran aku dalam kehidupan mereka dulu. Aku tahu lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan begitu jugalah sebaliknya. Untuk dapatkan yang terbaik, aku juga harus menjadi yang terbaik. Mohon bersabarlah, aku sekarang sedang berubah

Tuesday, 4 December 2012

KERA jaguh...!!!


assalamualaikum n salam sejahtera...

amacam musim durian.... ada best.... badan dah panas kena panahan durian..

durian memang best...

rugi lah sape tak makan.... kalau buat sambal tempoyak tu...

perghhh... superbbb...... memang rare..

tapi bg orang pahang.... gulai masam tempoyak jugak feveret...

memang sedap tak terkata...

tak yah guna dapur panasonic macam iklan master chef tu...

guna dapur arang pon kalau org pahang punya penangan....

memang kaw-kaw power....

tapi bukan nak cakap pasal tu...

nak cakap pasal durian....

 tak sume orang pandai kupas durian....

nak cari pangsa nampak senang.. tapi ada yang tak pandai....

tapi tak dpt dinafikan yang KERA memang hebat kupas durian..

hhaahhaa.......

caya r kera.... jadi sape ada pokok durian.. hti2 gan kera.. hahahah..

takut tak sempat nak merasa durian sendiri... kera gan tupai makan dulu...



Monday, 26 November 2012

VIDEO baik punya.. ...!!


bila sinichi bosan.. menaip je lah...

hehehe.. hello n assalamualaikum...

nak cerita kes apa eak hari ni...

wah... macam bnyak job je penyiasat ni.. kuang3,...

aku nak share something r gan korang semua...

fenomena rakyat malaysia ialah....

terlalu takut untuk melihat video ibu melahirkan anak...

sebab apa.. terlalu sakit.. terlalu kasihan melihat si ibu menahan sakit dan berhempas pulas..

tetapi.. video buat anak adalah feveret.. hhaahaha...

apa nak jadi...?? bagus ke.. pikir sendiri lah..

pape pun...benda yang tak bagus.. kita elakkan... jgn jd mcm lembu..

lembu pun ok.. tak tgk video tu... mknanya kita teruk drpd lembu r...

hahhaa... apa2 ler... nak tgk.. kawen.. buat video sendiri.. tgk puas2..

senang.. dosa tak dpt...

bereh...??? hohhoho... 


Tuesday, 20 November 2012

ada apa dalam TONG SAMPAH..??


assalamualaikum tuan2..

wah... mcm nak bg talk dah...

pembaca sihat.. hohooh... jaga kesihatan...

sesungguhnya kalau sakit itu satu ujian...

tapi saudara kita.. ada ujian lagi besar..

mereka dihujani peluru... berperang menegakkan agama...

anak-anak kecil mati menegakkan agama...

mereka mati berjihad... untuk mendapat syurga Allah...

tapi anak-anak luar nikah.. mati dalam longkang.... tepi jalan... dalam tong sampah..

mana lebih hina tuan2...

mari sama2 kita pikirkan...

sedangkan saudara kita diuji oleh Allah...

tapi kita boleh buat maksiat lagi di muka bumi Allah ni....

muhasabah diri kita... pandang orang sekeliling kita..

sama-sama kita pikirkan...


Monday, 19 November 2012

Makanan FAVOURITE Dunia....


burrppppp... kenyang pun.... alhamdulillah...

hang pa sume dah melantak ke....

melantak biar sampai habis....

makan ketika ada... berhenti ketika makanan dah habis...

wakakaka.... tapi bukan nak cter pasal makanan...

cuma kita ni.... mentality masyarakat...

makanan paling best dalam dunia ni adalah makan free...

apatah lagi kalau orang blanja..

lagi r syok....

tapi nak ckp skang bukan pasal org belanja.. cuma kita sendiri dpt lihat..

orang ramai berkata di dalam laman sosial fb atau twitter atau sebagainya lah...

tentang boikot McD...

boikot israel.... tapi kita ni...

mende free... sedap ngat... 

kalau macam ni kan.... if mana2 negara nak serang kita.. tak perlu guna peluru pun..

hanya sebijik burger free.... dah memadai...

pikir-pikirkan r...

maaf kalau ada tersalah bicara...

peace.... pray for Gaza.. luangkan sedikit masa untuk berdoa untuk saudara islam kita di Gaza..


ADA APA DENGAN TWITTER..??


hello and assalamualaikum kepada reader2 semua..

apa yang aku nak tulis adalah tentang diri aku....

tentang apa..?? jeng.. jeng... jeng...

twitter.... mende apa ni..??

baru 1st time aku try main mende alah ni....

wakakakaka.. aku jadi jakun boh... kah3...

org cakap mende ni best.... best ke...

sbb tu aku try....

tapi aku tak pandai...

korang taw.... adik aku yang ajar aku main twitter tu....

perghhh... adik aku... baru darjah 3.. tapi macam2 die taw.. budak skarang.. sumenya expert...

perghhhh..... kalau budak2 zaman dulu taw main congkak jerk...

nak expert sikit main tuju slipper... wakakaka...

pape pun... nak follow aku...

ni twitter aku....


peace.... pape pun.. doakan untuk saudara kita di GAZA..

pray for GAZA....

 


Saturday, 17 November 2012

DI MANA KITA???


kehidupan sekarang....

di tempat kita.... apa yang sedang terjadi....

orang berebut nak award... nak trofi....

begitu gah dengan trofi... pakai baju tah pape....

tapi saudara seislam kita di gaza...

berlumba2 nak dapatkan syurga Allah....

di mana kita....??? kenapa kita masih mampu untuk bersenang lenang..

kita nak mendoakan saudara kita.. tp bila...??

kalau masing-masing sibuk kejar kemegahan....

kita pikirkan lah....

tempat kita..... kita lihat anak dibuang...

tapi di gaza.... anak2 di bom....
 
jom kita pk..... 

DI MANA KITA..??




Friday, 16 November 2012

BUANG ANAK @ BUANG EMAK

assalamualaikum.... ibu adalah insan yang melahirkan kita...

syurga seorang anak terletak di bawah telapak kaki ibu....

tapi jangan kita nak cari bawah tapak kaki tu lah.. memang tak de... kalau cari jugak.. memang makan kaki lah jawabnya...

di sini bermaksud... untuk dapat syurga.. sayangi lah ibu kita....

sebagaimana ibu mengandungkan kita 9 bulan.... begitu juga ibu menahan sakit ketika nak melahirkan kita..

tapi kadang-kadang kita lupa akan ibu.... kenapa....

sebab harta
sebab kemewahan
sebab girlfriend
dan lain-lain lagi...

kita sanggup keluarkan wang untuk membeli hadiah kepada awek kita..

tapi beli hadiah untuk ibu ketika hari jadinya..?? kita tak pernah peduli..

kita sentiasa tanya awek kita dah makan ke belom....

tapi kita pernah tanya ibu kita...???

ibu sentiasa fikirkan tentang anak-anaknya..

kemana anaknya pergi mesti ibu peduli... tapi kita.. mana ibu pergi pernah kita nak ambil tahu..

contoh nya...

ayah : mana along..

ibu : along ada kat umah jiran sebelah..

tapi bila ayah tanyakan kita mana ibu..

ayah : along, mana ibu..

along : tah lah ayah.. tak taw ibu pergi mana...

kenapa mesti macam tu....

kita selalu dengar kes buang anak.. tapi kes buang mak..??

mungkin ibu yang buang anak tu takut nanti bila die tua dia akan dibuang... sebab tu die buang anak tu.. takut anak tu buang die nanti.. ( bergurau jerk.. tak kan lah mcm tu)..

sekaya mana pun kita.. sebesar mana pun pangkat kita... tanpa ibu kita tak kan dilahirkan...


SAKITNYA ROTAN...


don't know apa yang nak ditulis.. teringin nak berkongsi cerita....


cerita ini adalah perbualan antara seorang adik dengan kakak nya...


          adik : kakak, adk nak tanya sikit boleh...

          kakak : tanya lah... apa yang adk nak tanya....

          adik : kenapa akak pergi sekolah pakai tudung, tetapi kat luar sekolah tak bertudung...??

          kakak : peraturan sekolah adk... kalau tak pakai tudung.. kena rotan depan orang ramai.. malu lah..

          adik : sakit yerk kena rotan... akak takut peraturan sekolah lah ni...

          kakak : ye lah adik... kena rotan sakit sangat.. depan orang pulak.. malu lah.... ishhh.. segan..

          adik : akak lebih takut rotan kat sekolah daripada kena rotan kat kubur nanti eak... kat kubur nanti.
                   lagi sakit seksaan die kak.. lagi sakit.. akak lebih takutkan hukuman sekolah berbandin
                   hukuman Allah...


P/s : tutuplah aurat sebelom auratmu ditutupkan....



Friday, 9 November 2012

TERBAIK...!!!!


10. 11.12....

tarikh hari ni... ramai yang post.. sebab apa..??

sebab unik lah.... ikut turutan.... perghhhh....

mesti ada yang nak kapel tarikh ni... nak kawen tarikh ni ke...

tapi apa kata tarikh yang lawa (konon-kononnya lah lawa ni) kita berubah..

dari yang kurang baik kepada yang baik....

yang baik kepada yang lebih baik lagi....

yang lebih baik plak jadi yang terbaik....

terbaik... (versi boboiboy)...

Monday, 5 November 2012

JANGAN KETAT-KETAT SANGAT


hai.... bertemu lagi kita......

walaupun mlas nak menaip... tapi menaip lah jugak....

tak puas hati betul lah dengan sorang minah ni...

jalan tergedik gedik......

taw lah pakai tudung.... tapi baju... fit....

mentang-mentang lah body smart...

tp tu r... pakai tudung..... tutup aurat lah eak.....

tp baju nampak bentuk body...

sempurna ke ttp aurat macam tu.....???

pikir lah weh... tutup aurat bukan pakai tudung jerk....

pakai baju tapi macam telanjang baik tak yah...

pikir-pikirkan lah... adoiiii....

mende simple jgn susahkan....

pakai baju yang sempurna...  jgn ketat2....


Sunday, 4 November 2012

TAat KE..???

 
wanita... lelaki...

dua jantina ni saling memerlukan antara satu sama lain....

betul atau tidak..???

sendiri jawab lah..... tetapi.... eh ada tapinya..??

orang sekarang ada yang suka sama jenis...

ishhh33.... minta jauh lah perkara macam tu...

tapi buka itu yang hendak saya ceritakan....

perkahwinan..... semua orang nak kahwin....

tapi dah sedia ke nak terima tanggungjawab.... perkahwinan ni bukan main-main lah brader..

ada amanahnya......

yang lalaki........ jaga isteri dan sanggup pimpin isteri dan keluarga sehingga ke syurga... bukan hanya tahu nak nafkah batin jerk.....

isteri..... isteri yang solehah adalah isteri yang taat pada suami....

sekarang ni.... yakin ke isteri boleh taat suami....

ramai isteri yang baik... tetapi.... ada satu golongan ni.....

senang citer... tudung tak pakai..... tak tutup aurat....

perintah Allah pun tak taat... cm ne nak taat perintah suami....

nak cari bini or suami... tgk agama die, keturunan, harta dan rupa.....

rupa lawa tapi tak taat perintah Allah tak jadi jugak..

huh....

Wednesday, 31 October 2012

BAGAIMANA IA DIBUAT..???




Sebenarnya yg ada di pasaran, bukanlah 100% kapas.Ia diperbuat dari serbuk kayu pulpa.Tuala wanita diperbuat daripada serbuk kayu pulpa yang dilembutkan dan diputihkan melalui proses pelunturan dengan bahan peluntur berklorin yang menghasilkan bahan kimia iaitu Dioksin. Apabila telah lembut, lapisan inilah yang dijadikan tuala wanita pakai-buang yang telah digunakan oleh wanita di seluruh dunia pada tahun 1970.

Serbuk kayu yg sama digunakan utk membuat keras dan tisu (sebab tu bila kita selesema doktor melarang kita lap flu dgn tisu kerana bimbang habuk dr tisu meresap masuk dlm rongga hidung. Itu baru hidung, bagaimana pula faraj yg amat sensitif.
Proses melembutkan serbuk kayu tadi bermula dan proses memutihkan tuala wanita itu memerlukan beberapa bahan kimia utk pelunturan warna. Mereka menggunakan bahan peluntur yg paling kuat, merendam dgn clorox dan beberapa bahan kimia lain.
Sesetengah bahan kimia tadi masih tertinggal dlm tuala wanita itu dlm proses pembuatan dan pelunturan berklorin itu. Selepas tu baru dibilas, dan digembur utk menaikkan rasa gebu pd tuala wanita itu.

Sebab tu bila kita pakai, terasa tebal sebab proses pengemburan itu tadi.
Selepas tu mana-mana syarikat tuala wanita mengambil bekalan tersebut dan mula mem'paten'kan tuala wanita mengikut paten masing2. Dah siap dipaten, dipasar dan dijual kpd pengguna dan pengguna seawal umur 10 tahun telah memakai pad ini tanpa menyedari kesan dan ancaman toksin yg akan dihadapi pd masa hadapan.

Jika kita memakainya dah pasti terdedah kpd ancaman tersebut.Bayangkan bila usia menginjak 10 tahun dah mula pakai tuala wanita yg ada toksin.Bahan2 kimia yg tertinggal td mula menyerap masuk dlm salur peranakan yg amat sensitif (sebagaimana habuk tisu masuk dlm rongga hidung). Bila usia 30 tahun, kita dah mengunakan tuala wanita bertoksin selama 20 tahun. Keadaan ini yg menyebabkan masalah bau, lendir putih/kuning dan bermcm2 lg.

Lebih teruk lagi ia mengakibatkan masalah wanita spt fibroid, barah pangkal rahim, putaran haid tidak menentu (masalah kesuburan), kesemuanya berpunca dr sisa toksin ni tadi.



RACUN DIOKSIN

hmmm..anda tahu x??kertas buangan, agen pelunturan yang berkasinogen,agen fluoresen dan sebagainya merupakan bahan mentah yang memproses tuala wanita pakai-buang di pasaran. Kertas buangan termasuklah kertas kitar semula, kertas tebal, kotak, tuala wanita terpakai dan pulpa kayu. Kertas dan pulpa kayu yang telah dilembutkan melalui proses pelunturan berklorin dan menghasilkan sejenis toksik dinamakan DIOKSIN. Kesan ketoksidan DIOKSIN amat kuat, ia adalah 130 kali ganda lebih bertoksik berbanding Cyanide dan 900 kali ganda lebih bertoksik berbanding Arsenic.

Ia juga digelar sebagai TOKSIN YANG PALING KUAT pada zaman kini. Pusat Penyelidikan Kanser Antarabangsa telah mengelaskan DIOKSIN sebagai KARSINOGEN (bahan penyebab kanser) kelas pertama kepada manusia. Kajian Perubatan membuktikan bahawa walaupun kandungan DIOKSIN dalam tahap yang rendah, ia masih berupaya menyebabkan kanser payu dara, kanser usus, endometriosis, kanser ovari, kemandulan, keguguran dan sakit puan yang lain

LAKUKAN PERUBAHAN UNTUK KESELESAAN...




lakukan tranformasi.....

pad herba lebih meyakinkan dan selamat digunakan....

hijau = rm10
biru = rm11
merah = rm12

mahal ke..???? mahal ke kalau untuk kesihatan dan sememangnya itu keperluan...

fikirkan lah....


KERTAS vs KAPAS








sendiri boleh tengok perbezaan pad biasa di pasaran dengan pad herba.....

di atas pad biasa yang dibuat daripada kertas terbuang....

sifat kertas carik bila kena air....

tetapi pad yang kedua dibuat dari kapas... tidak hancur..

kedua2 pad telah dikoyak tengahnya...

tengoklah perbezaan...

:) peace... 

PAD TERLALU BAHAYA...???!!!!!!



Senggugut, Fibroid, Cyst, & pelbagai masalah sakit puan

Tahukah anda yg setiap wanita di dunia ni mengalami senggugut ketika haid? Tahukah anda bahawa setiap dari kita perempuan mempunyai fibroid? Tahukah anda cyst adalah antara penyebab anda sukar mendapat cahaya mata? Tahukah anda masalah2 anda ni boleh membawa kepada kanser? DAN Tahukah anda yg 90% daripada masalah2 ini berpunca daripada pemakaian tuala wanita biasa di pasaran?

Jika semuanya anda tak tahu, tolonglah baca, luangkan lah sikit masa utk mendptkan info tentang kesihatan dan keselamatan wanita.

Setiap daripada wanita di dunia sebenarnya mengalami masalah senggugut ketika haid. Tetapi apa yg membezakan antara mereka adalah kekuatan sakit senggugut bagi setiap individu. Secara normal, wanita akan mengalami senggugut ketika haid tetapi masalah ini tidak memberi kesan pada kehidupan seharian. Tapi apa yg tak normalnya, bila sakit senggugut yg terlalu kuat sehingga pucat, hampir pengsan dan yang paling teruk sehingga perlukan injection ubat tahan sakit. Jika smpaikan perlu tido, perlu baring sepanjang hari ketika hari pertama datang haid, maksudnya anda perlu dibantu.

Anda tahu tak setiap wanita sebenarnya mempunyai fibroid? Ya, kita semua ada fibroid. Yang bezanya adalah siapa yg mempunyai fibroid yang aktif, siapa yg tidak? Tahu ke kita? Kita tidak akan tahu yg fibroid kita aktif atau tak sehinggalah fibroid kita membesar dan membesar sehingga kita kelihatan seperti mengandung! Pernah dgr istilah 'busung'? Kdgkala wanita dikatakan mengalami busung dsbbkan fibroidnya membesar dan membengkak. Jika anda kelihatan seperti mengandung, walhal anda tidak mengandung, maksudnya anda ada masalah besar.

Bagaimana pula dgn cyst? Terukkah cyst ni? Cyst antara salah satu penyebab anda sukar mengandung kerana ada dlm setengah2 kes bila dibedah dan dikeluarkan cyst, ada janin yg terhimpit di dalam cyst. Walaupun cyst dibuang, ianya akan tumbuh kembali kerana cyst ini ada 'ibu'nya. Dalam pemeriksaan kesihatan yg dibuat, cyst byk menyerang wanita yg berusia 23 tahun dan ke atas. Cyst mungkin ada pada wanita yang sudah berkahwin atau pun yg masih bujang.

Ada byk lagi masalah2 sakit puan yg dialami wanita2 masa kini. Dgn corak pemakanan yg tidak sihat, kehidupan seharian yang tidak aktif, tidak cergas, pendedahan kepada bahan-bahan kimia samada daripada persekitaran, daripada kosmetik atau dari bahan2 kegunaan seharian ataupun dari PEMAKAIAN TUALA WANITA BIASA di pasaran. Dah banyak pendedahan, dah banyak kajian yang dibuat menunjukkan bahayanya tuala wanita biasa ini. Tapi apa yg menyedihkan tidak semua wanita yg peka dan sedar tentang bahaya ni.

Tuala wanita biasa sgt2lah bahaya kerana ia dibuat dari kertas terpakai/serbuk kayu yg telah diputihkan menggunakan peluntur selama 30 jam. Darah haid yang panas ni akan bertindakbalas dengan bahan peluntur yg ada dalam tuala wanita ini dan membebaskan satu bahan kimia yg sgt2 lah bahaya, 130kali daripada arsenik (racun pembunuh yg senyap) iaitu DIOKSIN. Dioksin ini akan diserap oleh faraj dan masuk ke dalam rahim kita dan di sini ia akan mengaktifkan sel2 kanser, mengaktifkan fibroid, menggalakkan pembiakan bakteria dan sebagainya. Mungkin sekarang belum terjadi apa2 lagi, tp kita kena igt sel kanser mengambil masa 1-14tahun utk menampakkan diri. So, beringatlah sebelum kena, rawatlah sebelum terlewat.



Monday, 29 October 2012

manusia dengan lembu.. apa bezanya..??




akal .....

akal adalah sebaik-baik benda yang allah jadikan untuk manusia...

lembu bodoh sebab tak de akal...

tapi manusia bodoh sebab ada akal....

sebab apa.... sebab buat benda bodoh lah...

buat jenayah... buat itu.. buat ini....

power sangat menggunakan akal.. macam tu lah jadinya....

lembu tak de akal sama je dengan manusia ada akal tapi gunakan akal secara tak betol...

pikirkan r.... bersyukur lah kita sebab ada akal....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...