Wednesday 23 December 2015

Air Bersama BAkul Jerami


Ada seorang yang membaca Al-quran,
tetapi tidak dapat menghafalnya walau sedikit.

maka anaknya yang kecil bertanya ;
"apa faedahnya baca Al-quran tanpa menghafalnya sedikit pun?"

jawab ayah :
"aku akan beritahu kepadamu sebentar lagi apabila kau penuhkan bakul jerami ini dengan air laut bawa kepadaku."

kata anak :
"mustahil ia penuh

jawab ayah:
"cubalah dulu"

bakul jerami itu digunakan untuk memindahkan arang. maka budak itu mengambilnya dan menuju ke laut, lalu cuba memenuhkannya dan terus pergi kepada ayahnya dengan cepat.

tetapi airnya telah kering lalu ia berkata kepada ayahnya:
"tidak ada faedah saya mengisinya"

ayahnya menjawab:
"cuba lagi kali kedua"

maka budak itu melakukannya, tetapi masioh tidak berjaya untuk membawa air kepada ayahnya. dia mencuba lagi kali ketiga, keempat dan kelima tetapi tiada faedah kerana air tidak dapat dipenuhkan.

budak itu berasa sangat letih dan berkata kepada ayahnya :
"tidak mungkin saya dapat memenuhkan bakul jerami ini dengan air"

kata ayah:
"adakah engkau melihat sesuatu yang berlaku pada bakul jerami itu?"

budak itu terkejut dan menjawab:
"ya ayah, asalnya bakul jerami itu kotor dengan bekas bekas arang, sekarang telah bersih sepenuhnya."

maka berkata sang ayah;
"ini adalah sempurna apa yang dilakukan Al-Quran kepadamu. dunia dan segala amalannya telah memenuhi hatimu dengan segala kekotorannya, dan Al-quran seperti air laut yang membersihkan hatimu walaupun engkau tidak menghafal sedikit pun ayatnya."

*sucikan hatimu dengan sentiasa berzikir kepada Allah :)



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...