Wednesday 31 October 2012

BAGAIMANA IA DIBUAT..???




Sebenarnya yg ada di pasaran, bukanlah 100% kapas.Ia diperbuat dari serbuk kayu pulpa.Tuala wanita diperbuat daripada serbuk kayu pulpa yang dilembutkan dan diputihkan melalui proses pelunturan dengan bahan peluntur berklorin yang menghasilkan bahan kimia iaitu Dioksin. Apabila telah lembut, lapisan inilah yang dijadikan tuala wanita pakai-buang yang telah digunakan oleh wanita di seluruh dunia pada tahun 1970.

Serbuk kayu yg sama digunakan utk membuat keras dan tisu (sebab tu bila kita selesema doktor melarang kita lap flu dgn tisu kerana bimbang habuk dr tisu meresap masuk dlm rongga hidung. Itu baru hidung, bagaimana pula faraj yg amat sensitif.
Proses melembutkan serbuk kayu tadi bermula dan proses memutihkan tuala wanita itu memerlukan beberapa bahan kimia utk pelunturan warna. Mereka menggunakan bahan peluntur yg paling kuat, merendam dgn clorox dan beberapa bahan kimia lain.
Sesetengah bahan kimia tadi masih tertinggal dlm tuala wanita itu dlm proses pembuatan dan pelunturan berklorin itu. Selepas tu baru dibilas, dan digembur utk menaikkan rasa gebu pd tuala wanita itu.

Sebab tu bila kita pakai, terasa tebal sebab proses pengemburan itu tadi.
Selepas tu mana-mana syarikat tuala wanita mengambil bekalan tersebut dan mula mem'paten'kan tuala wanita mengikut paten masing2. Dah siap dipaten, dipasar dan dijual kpd pengguna dan pengguna seawal umur 10 tahun telah memakai pad ini tanpa menyedari kesan dan ancaman toksin yg akan dihadapi pd masa hadapan.

Jika kita memakainya dah pasti terdedah kpd ancaman tersebut.Bayangkan bila usia menginjak 10 tahun dah mula pakai tuala wanita yg ada toksin.Bahan2 kimia yg tertinggal td mula menyerap masuk dlm salur peranakan yg amat sensitif (sebagaimana habuk tisu masuk dlm rongga hidung). Bila usia 30 tahun, kita dah mengunakan tuala wanita bertoksin selama 20 tahun. Keadaan ini yg menyebabkan masalah bau, lendir putih/kuning dan bermcm2 lg.

Lebih teruk lagi ia mengakibatkan masalah wanita spt fibroid, barah pangkal rahim, putaran haid tidak menentu (masalah kesuburan), kesemuanya berpunca dr sisa toksin ni tadi.



RACUN DIOKSIN

hmmm..anda tahu x??kertas buangan, agen pelunturan yang berkasinogen,agen fluoresen dan sebagainya merupakan bahan mentah yang memproses tuala wanita pakai-buang di pasaran. Kertas buangan termasuklah kertas kitar semula, kertas tebal, kotak, tuala wanita terpakai dan pulpa kayu. Kertas dan pulpa kayu yang telah dilembutkan melalui proses pelunturan berklorin dan menghasilkan sejenis toksik dinamakan DIOKSIN. Kesan ketoksidan DIOKSIN amat kuat, ia adalah 130 kali ganda lebih bertoksik berbanding Cyanide dan 900 kali ganda lebih bertoksik berbanding Arsenic.

Ia juga digelar sebagai TOKSIN YANG PALING KUAT pada zaman kini. Pusat Penyelidikan Kanser Antarabangsa telah mengelaskan DIOKSIN sebagai KARSINOGEN (bahan penyebab kanser) kelas pertama kepada manusia. Kajian Perubatan membuktikan bahawa walaupun kandungan DIOKSIN dalam tahap yang rendah, ia masih berupaya menyebabkan kanser payu dara, kanser usus, endometriosis, kanser ovari, kemandulan, keguguran dan sakit puan yang lain

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...