Saturday, 16 July 2016

Sayangku CIk Aqlima Balqis~

pin pin pin... terkejut aku.. aku pun berlari lah keluar nak tengok siapa yang datang..

rupanya abang posmen yang datang... aku punyalah ternanti nanti surat jawapan dari company tempat aku memohon kerja.. rupanya bukan surat aku....



kemudian aku pun berhuhu tengok tv.. rasa ternanti nanti jugak ooo... mana tahu ada rezeki dapatlah aku kerja... sedang aku syok tengok tv... kring kring kring.. bunyi telefon rumah aku...

 aku malas nak angkat.. hahaha.. aku biarkan adik aku yang angkat.. then orang dalam talian tu nak bercakap dengan aku.. 

yeaahhhh.. melompat aku... rupanya MUIP telefon... hahaha.. tawarkan aku kerja cikgu KAFA.. 

boleh lah daripada tak de.. jadi cikgu..?? hahahaha.. boleh ke aku ngajar budak... aku pun gelak sendirian.. aku yang mohon.. jadi dah dapat tu.. jangan nak memilih lak.. hahahha... 

aku diminta hadir pada tarikh 1 Februari.. untuk ambil surat dan apa apa yang sepatutnya aku ambil.. dan pada waktu itu juga aku ada majlis wartikah perlantikan sebagai guru KAFA.. wahhhh.. siap de majlis.. macam gempak je.. hiihihi.. tak de lah.. biasa je...

1 februari.. tarikh yang dinantikan.. aku pun malam tu tak tidur lena.. 
biasalah.. excited sikit.. rasa lain macam... aku pun bangun seawal 4.30 pagi..
awal kan.. macam nak bersahur pulak.. aku bangun then mandi... sejuk ooo mandi pagi pagi ni.. pastu aku pun solat dua rakaat... nak bagi hilang gugup..
pukul 7.30 pagi.. aku dah siap dengan berkemeja.. tie je aku tak pakai.. tp songkok 5 inci aku tu.. aku tak boleh tinggal..

aku capai kunci motor.. motor legend je bang.. tak laju mana.. tapi kalau nak test lumba boleh rojer.. hihihhi.. :p ..aku bergerak ke jengka.. tempat majlis tu.. dengan kelajuan 80km/j .. aku sampai ke jengka pada pukul 9.15..
apabila sampai.. fuhhh.. orang lain datang dengan berkereta.. tapi aku.. datang dengan motor cabuk je... motor pun motor lah.. asalkan sampai..

masuk je dalam dewan.. aku lihat.. ramai gadis gadis je.. ramai wanita.. aku pun duduklah di kerusi yang tak de orang duduk.. kawasan lelaki okay.. bukan kawasan ramai wanita tu.. then tnggu punya tunggu.. pukul 10 barulah majlis tu mula.. mak aihhh.. laama aku tnggu.. kalau tahu, aku dtg lewat sikit..

apabila ucapan dari orang orang penting selsai berucap... saat nak bagi wartikah perlantikan tu.. (surat tawaran je pun).. aku berdebar.. bukan apa.. aku takut aku dapat sekolah yang jauh di pedalaman.. pabila nama aku disebut.. aku dapat je surat tu.. aku baca bismillah dulu sebelum buka.. alhamdulillah.. aku dapat sekolah dekat je.. tak yah taw lah sekolah mana.. tak penting pun.. hehehhe... bermula lah kisah aku menjadi seorang GuRu KAFA..
mostly yang dapat tawaran waktu itu ramai perempuan.. lelaki boleh dikatakan beberapa orang je...

dalam perjalanan balik...................................

*nak tahu apa jadi seterusnya... nanti aku cerita lagi... tnggu next entry...

Wednesday, 23 December 2015

Air Bersama BAkul Jerami


Ada seorang yang membaca Al-quran,
tetapi tidak dapat menghafalnya walau sedikit.

maka anaknya yang kecil bertanya ;
"apa faedahnya baca Al-quran tanpa menghafalnya sedikit pun?"

jawab ayah :
"aku akan beritahu kepadamu sebentar lagi apabila kau penuhkan bakul jerami ini dengan air laut bawa kepadaku."

kata anak :
"mustahil ia penuh

jawab ayah:
"cubalah dulu"

bakul jerami itu digunakan untuk memindahkan arang. maka budak itu mengambilnya dan menuju ke laut, lalu cuba memenuhkannya dan terus pergi kepada ayahnya dengan cepat.

tetapi airnya telah kering lalu ia berkata kepada ayahnya:
"tidak ada faedah saya mengisinya"

ayahnya menjawab:
"cuba lagi kali kedua"

maka budak itu melakukannya, tetapi masioh tidak berjaya untuk membawa air kepada ayahnya. dia mencuba lagi kali ketiga, keempat dan kelima tetapi tiada faedah kerana air tidak dapat dipenuhkan.

budak itu berasa sangat letih dan berkata kepada ayahnya :
"tidak mungkin saya dapat memenuhkan bakul jerami ini dengan air"

kata ayah:
"adakah engkau melihat sesuatu yang berlaku pada bakul jerami itu?"

budak itu terkejut dan menjawab:
"ya ayah, asalnya bakul jerami itu kotor dengan bekas bekas arang, sekarang telah bersih sepenuhnya."

maka berkata sang ayah;
"ini adalah sempurna apa yang dilakukan Al-Quran kepadamu. dunia dan segala amalannya telah memenuhi hatimu dengan segala kekotorannya, dan Al-quran seperti air laut yang membersihkan hatimu walaupun engkau tidak menghafal sedikit pun ayatnya."

*sucikan hatimu dengan sentiasa berzikir kepada Allah :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...