Tuesday 4 October 2011

SaKIT kaKI SeBAb KasUT

pastikan selesa ketika dipakai...

SECARA purata, setiap orang akan berjalan sejauh 184,000 kilometer sepanjang hayatnya. Setiap langkah yang diambil ketika berjalan akan menghasilkan tekanan sebanyak tiga kali ganda berat badan kepada kaki kita.
Ketika berlari pula, tekanan akan bertambah menjadi 10 kali berat badan kita.
Pemakaian kasut yang ketat dan keras, kasut tumit tinggi, pemakaian stokin dan kasut yang kedap udara dan berdiri berjam-jam akan menyebabkan kulit dan 26 tulang, otot kecil dan ligamen pada setiap kaki kita tidak mampu menanggung beban tekanan itu.


Banyak penyakit atau masalah kaki bersangkut paut dengan pemilihan kasut, terutama di kalangan wanita. Menurut kajian Persatuan Kaki dan Sendi Buku Lali Amerika (AOFAS), 80 peratus mempunyai masalah sakit pada kaki. 


Ini tidak menghairankan kerana lebih 88 peratus daripada mereka memakai kasut bersaiz lebih kecil daripada saiz kaki. Kasut yang terlalu ketat, terlalu longgar, terlalu kedap udara dan bentuk kasut yang tidak semula jadi boleh menyebabkan atau menggalakkan masalah kaki....





1 comment:

Noor Maizan said...

hai..singgah sini ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...