Wednesday 5 October 2011

Dua siswa UIAM jelajah Indochina


DUA mahasiswa UIAM berpeluang mengikuti ekspedisi bersejarah Jejak warisan Jawi 2 (JWJ2) dengan menggunakan 10 kenderaan pacuan empat roda yang bermula dari Malaysia, seterusnya ke Thailand, Kemboja, Vietnam, Myanmar dan China.
Perjalanan sejauh lebih 10,000 kilometer itu bertujuan menjejak sejarah baru bangsa Melayu dan warisan Islam serta menjalinkan silaturrahim dengan masyarakat Islam di beberapa negara.
Sepanjang 25 hari mengikuti ekspedisi itu, pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Politik, Mohd Afiq Zulkifli, 23, dan penuntut jurusan Undang Undang, Ahmad Syafiq Yuhaizad, 22, telah berpeluang melawat beberapa tempat menarik dan bersejarah.
Antaranya batu tanda sempadan di Segenting Kra yang merupakan batu tanda sempadan sebenar memisahkan Semenanjung Tanah Melayu dan Thailand sebelum kedatangan British.
Selain itu, mereka juga berpeluang melawat beberapa tempat yang diiktiraf oleh pertubuhan UNESCO sebagai warisan dunia seperti Angkor watt di Kemboja, Mu seum Danang di Vietnam, dan Bandar Luang Prabang di Laos.
Mereka juga berkesempatan menziarahi dan mengadakan aktiviti bersama masyarakat Melayu Islam terutamanya ketika Wilayah Satun di Thailand,wilayah Kampung Cham di Kemboja dan Wilayah Ang Giang di Selatan Vietnam.
Antara aktiviti yang telah dilakukan oleh anggota konvoi ialah mengadakan persembahan kebudayaan Melayu Semenanjung seperti silat, marhaban, dan berzanji.
Manakala, mahasiswa UIAM terlibatsecara langsung dalam mengadakan kelas jawi, klinik Al-Fa dan menyuntik motivasi kepada para pelajar.
Aktiviti kemasyarakatan ini mendapat kerjasama daripada dua pelajar dari Universiti KUala Lumpur (UniKL) dan Multimedia Universiti (MMU).
Menurut Mohd Afiq, pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah ketika melakukan persembahan kebudayaan Melayu di setiap destinasi yang dikunjungi.
Selain terlibat secara langsung dalam misi pendidikan, beliau juga melakukan persembahan silat dan marhaban.

gambar sekadar hiasan..
kita bila lagi.... hehehheheheh

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...