kebanyakan wanita malu untuk berjumpa doktor apabila menghadapi masalah pada kemaluan atau faraj (vagina). Keadaan seperti rasa gatal, keluar lendir, sering membuang air kecil dan alat sulit berbau bukan perkara biasa yang dialami dan anda sebenarnya boleh mendapatkan rawatan bagi menangani masalah berkenaan.
Malangnya ramai wanita menganggap keadaan berkenaan berlaku seiring dengan usia atau masalah biasa selepas kedatangan haid. Ada kalanya, keadaan itu boleh menjejaskan mutu kehidupan termasuk aktiviti harian tidak berjalan dengan lancar berikutan rasa kurang selesa.
Masalah jangkitan pada faraj sering kali berlaku pada wanita tanpa mengira latar belakang dan usia, sama ada bagi yang sudah mendirikan rumah tangga dan juga yang masih remaja. Bagaimanapun masih ramai lagi wanita pada masa kini, kurang berpengetahuan mengenai punca gejala masalah itu dan sering mengabaikan cara rawatan yang betul.
antara punca lain kegatalan adalah infeksi dan kudis buta.
kesimpulannya, kita janganlah ada rasa segan kalau kita mengalami masalah kesihatan. segeralah pergi ke mana-mana pusat rawatan.
AMALKAN CARA HIDUP YANG SIHAT
No comments:
Post a Comment